Garis Panduan Media Sosial UTM

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan rasmi kepada seluruh staf dan pelajar UTM dalam mengurus, mengawal selia serta melaksanakan aktiviti berkaitan media sosial rasmi universiti. Ia merangkumi tatacara penggunaan akaun rasmi, amalan terbaik penerbitan kandungan, tanggungjawab Pengurus Media Sosial, prosedur pendaftaran akaun rasmi serta pematuhan kepada peruntukan undang-undang dan dasar yang berkuat kuasa.

Pelaksanaan garis panduan ini bertujuan memastikan setiap penyampaian maklumat melalui platform media sosial rasmi adalah profesional, beretika, sahih dan selaras dengan identiti serta penjenamaan Universiti, di samping memelihara imej dan reputasi UTM.

Semua staf dan pelajar adalah dimohon untuk meneliti dan mematuhi Garis Panduan Media Sosial UTM ini dalam setiap pengurusan serta penggunaan akaun rasmi media sosial Universiti.

UTM Open Day