07 – 55 30308 corporate@utm.my

Innovative: Addressing transformational changes in innovative ways to remain relevant and competitive in an increasingly challenging global environment

Entrepreneurial: Mindset change and strategic engagements in differentiated and meaningful ways towards value driven and high impact new academia

Global: Acknowledging the inevitable force of globalization and the need to strategically align and engage with global partners for mutual benefit towards achieving greater heights

 

Objektif :

Lanskap pendidikan tinggi di seluruh dunia sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menghadapi persekitaran pendidikan tinggi global yang dinamik. Sehubungan dengan itu institusi pengajian tinggi perlu menilai, mengkaji dan mensejajarkan model operasi semasa. Model transformasi yang pragmatik dapat memupuk dan memacu kecemerlangan universiti untuk terus kekal relevan dan berdaya saing bukan sahaja dalam penjanaan dan penghayatan ilmu malah untuk pembangunan sosio-ekonomi dan penjanaan nilai sesuai dengan hasrat kerajaan untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu, tagline Universiti Teknologi Malaysia telah disejajarkan untuk menggambarkan strategi, arah tuju dan sasaran universiti yang menumpukan kepada tiga aspek berikut :-

  • Inovatif iaitu pendekatan strategik dalam berhadapan dengan transformasi yang lebih dinamik untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam persekitaran global yang semakin mencabar.
  • Entrepreneurial iaitu minda keusahawanan dan penglibatan strategik yang unik, luar biasa dan bermakna ke arah akademia baru yang mampu mencipta nilai dan berimpak tinggi,
  • Global di mana keperluan kepada perspektif global perlu di dalam membina persepakatan dan hubungan UTM dengan rakan antarabangsa secara strategik untuk manfaat bersama ke arah pencapaian yang boleh meningkatkan imej UTM di peringkat global.

 

Tagline :

Dalam Bahasa Melayu

 

Dalam Bahasa Inggeris

 

Spesifikasi :

  1. Jenis fon yang digunakan adalah Calibri Roman.
  2. Semua perkataan yang digunakan adalah terdiri daripada huruf kecil.
  3. Saiz fon adalah mengikut kesesuaian reka bentuk.
  4. Saiz simbol titik/noktah di antara perkataan adalah 3 point lebih daripada saiz fon yang digunakan.
  5. Perletakkan simbol titik/noktah adalah sama paras dengan jatuh perkataan .
  6. Kedudukan simbol titik/noktah mestilah berada di tengah-tengah antara dua perkataan dan diselangi dengan satu ruang/jarak (spacebar).
  7. Untuk urusan surat menyurat seperti surat rasmi, emel, memo dan sebagainya, penggunaan warna fon adalah hitam.
UTM Open Day